
Bila kita berada di Negeri Hang Tuah Melaka, Bandaraya Bersejarah, tidak lengkap kalau kita tidak melawat Banda Hilir, di Banda Hilir, saya sendri da 4 kali pernah pergi ke Melaka. rasanya semua mengetahui wujudnya replika kapal yang tersergam indah memukau mata sesiapa yang memandangnya. Namun mungkin ramai tidak mengetahui kisah disebalik kehebatan kapal perang yang pernah menguasai lautan Hindi, dan menghancurkan kerajaan Melayu Melaka yang tenggelam didasar laut bersama-sama khazanah yang tidak ternilai.
Replika Kapal Flor De La Mar milik Portugis yang diberi nama Kapal Samudera dibina semula oleh kerajaan Melaka pada 1994)
Nama kapal ni ialah FLOR DE LA MAR. Sebuah kapal Portugis yang dibina di Lisbon.
Digunakan sebagai kapal perang induk ketika menghadapi perang di laut.
Kapal perang utama yang mengetuai angkatan laut untuk menyerang Melaka pada tahun 1511.
Digunakan oleh Alfonso De Albuquerque untuk berulang alik ke Goa( India ) dan Lisbon.
Diakui sebagai kapal milik Portugis yang paling besar dan mempunyai peralatan perang yang serba lengkap.
dikatakan terlanggar batu karang dekat Jambu Aye, Acheh pada malam 1512 dan tenggelam. Bersemadi di dasar Laut Selat Melaka sejak lima abad yang lalu.
Kapal Flor De La Mar merupakan sebuah kapal yang mashyur. Sebelum tahun 1511, ia merupakan sebuah kapal perang utama bangsa Portugis dalam mengekalkan penguasaan mereka di Goa, India pada kurun ke 16. Selepas tahun 1511, kehebatan kapal ini bertambah lagi. Kali ini bukan disebabkan menang dalam peperangan, sebaliknya kerana ia pecah dua dan tenggelam setelah dilanda ribut taufan dan terlanggar batu karang besar berdekatan dengan Tanjung Jambu Aye, Acheh dalam tahun 1512. Tenggelamnya ia di dasar laut Selat Melaka yang gelap dan berlumpur itu terus menjulang kemashyuran namanya kerana ianya tenggelam bersama barang-barang berharga seperti emas, perak, intan berlian, mutiara, mahkota permaisuri, barang-barang tembaga yang diambil dari Istana Kesultanan Melayu Melaka yang hancur akibat diserang Portugis itu.
Namun yang paling penting dinyatakan dan dikatakan dalam rekod2 lama ada tercatat, didalam kapal ini Portugis juga telah menjarah sekali mahkota emas Sultan Melaka untuk dibawa pulang ke Portugal yang dianggarkan bernilai RM7 juta yang kini bersemadi didasar laut. dan apa yang menjadi misteri sehingga kini hampir 5 abad , tidak ditemui lagi bangkai kapal Flor De La Mar dan lokasi sebnarnya masih menjadi tanda tnya. Namun ada yang menyatakan bahawa tenggelamnya kapal ini kerana disebabkan mahkota emas kerajaan Melaka yang dirompak Portugis setelah menghancurkan kerajaan Melaka pada 1511 merupakan penyebab utama tenggelamnya kapal perang ini. inilah antara warisan negara yang lenyap dan masih menjadi misteri kehilangannya.
Dalam Novel 1511, ada sekurang-kurangnya 6 perenggan yang memerihalkan tentng kegagahan kapal Flor De La Mar ini.
“Kau tidak tahu di atas geladak bahtera Flor De La Mar, Albuquerque sedang menyusun rencana. Mereka bersedia mengepung Melaka seberapa lama pun. Mereka perlu menambah pengkhianat di dalam kota. Kalau boleh, orang-orang luar. Orang-orang asing yang tidak merasa bertanggungjawab. Juga mereka yang bukan beragama Islam akan membantu Portugis yang bukan Islam, begitulah hingga akhir zaman, kata Albuquerque” (1515:63)
“Kau tidak tahu Nyemah, di atas bahtera Flor De La Mar itu termuat tiga ribu pucuk meriam, dengan dua ribu daripadanya diperbuat daripada gangsa, senapang, sumpitan, busur dan panah lembing serta tombak. Gelang, rantai loket, cincin permata, mahkota permaisuri, mutiara, pedang bertatah baiduri dan keris-keris bersalut emas turut di sumbat sekali. Kain-kain songket, tenunan dan pelbagai jenis tikar yang sempat dirampas dari rumah para pembesar dan orang kaya Melaka bergulungan bertimbun-timbun”( 1515:246)
Namun sayangnya sehingga kini masih sangat kurang ekspedisi yang dijalankan untuk mencari kapal perang yang mashyur dan terkenal dgn kehebatannya pada 1 ketika dahulu . rekod ekspedisi pencarian juga sgt kurang. dan mungkin 1 hari nanti mungkin misteri kapal ini yg tersemunyi khazanah warisan kesultanan melayu Melaka dan negara amnya akan lenyap dalam ingatan bangsa kita jika tiada usaha digerakkan untuk mencari kapal ini. Apa yang ada sekarang di Melaka hnya 1 replika kapal yang tidak lebih sebagai sebuah muzium
kapal yang sebagai 1 tarikan pelancong.
credit to :
WUJUD
tp komen kt bawah tu ada yg kata :
~tp sy ada dgr cite sebaliknya...sy dgr kapal ni sbnarnya berjaya balik ke negara mereka,dan ada org ckp kapal ni masih ada di eropah, cerita tentang kemusnahan kapal ini hanya direka kerana mereka dapat tau bahawa panglima awang hitam@henry the black... (kapten kapal Hang Tuah) hendak mengejar dan membakar kapal FLOR DE LA MAR ini,dan manuskrip2 tulisan jawi bertinta emas dipercayai milik sultan melaka,ada di muzium mereka skarang.tujuan panglima awang hitam nak bakar kapal ni sbb portugis cube membawa keluar semua buku2 dan manuskrip tentang kewujudan Bangsa Melayu di dunia ini,
komen tu dibuat oleh Ada Apa Dengan Fuad (Black Ace) .

1 Pemberi Inspirasi:
Melaka sekarang negerinya kecil saja. Namun Melaka zaman kesultanan Melayu luasnya. Antara lain mencakupi Kedah, Kelantan, Pahang, Terengganu. Termasuk juga Bruas, Manjung, Sayung (sekarang Perak), Jugra dan Kelang (sekarang Selangor), Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi (sekarang Johor), Singapura, Bintan dan sebahagian Pulau Sumatera. Perdagangan pelabuhan Melaka bersifat entreport. Pedagang dari serata dunia datang berniaga di pelabuhan dan Kota Melaka. Sebab itu Melaka dahulu kaya.
Ditambah lagi dengan hubungan dengan kerajaan-kerajaan Majapahit, Pasai, Haru, Gowa, China.
Istana Sultan Mansur bercat air emas. Syarat peminangan Puteri Gunung Ledang supaya dibina jambatan emas pun Sultan mampu penuhi.
Duarte Barbosa menyatakan "Whoever the lord of Malacca has his hand on the throat of Venice". Alburqueque menyatakan khazanah Melaka yang dirompak Portugis sebagai "the richest treasure on earth that I have ever seen".
Kapal Portugis itu akhirnya tenggelam di selat Melaka tak dijumpai hingga kini.
Catat Ulasan